Tuesday, May 24, 2011

~ BeRiTaHu PaDa MuSLiMaH ~



Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.



Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.


Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman


~ Beritahu pada mereka ~  >..<"

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu ~ Haram Ke?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
ana mulakan tajuk post kali ini mengenai Hari Ibu ~ Haram atau tidak..

********************************************

Islam merupakan agama yang mengangkat lagikan menjulang tinggi martabat insan yang bernama wanita. Wanita ataupun kaum Hawa merupakan pendamping bagi Kaum Adam. 

"Sesungguhnya tercipta wanita dari rusuk lelaki,
 Bukan dari kaki untuk dialasi, 
 Bukan dari kepala untuk dijunjung, 
 Tapi dekat dihati untuk dikasihi, 
 Engkaulah wanita hiasan duniawi"

 Sesungguhnya tanpa wanita siapalah lelaki, tanpa isteri siapalah suami. Tanpa ibu siapalah ayah. Dan tanpa mereka, siapalah kita.

Sesungguhnya Allah telah memuliakan insan yang bergelar ibu dan bapa oleh kerana sebab mereka manusia itu dilahirkan di muka bumi ini. Allah bahkan memerintahkan manusia untuk berterima kasih kepada kedua ibu bapa sekaligus bersyukur kepada-Nya.

Firman Allah,
"Dan Kami perintahkan kepada manusia(berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah, dan menyusukannya sehingga 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepadaKu kembalimu"
Surah Luqman [31]: 14

Ibu merupakan insan yang dimuliakan dalam islam. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam menjadikan insan yang bergelar ibu sebagai insan yang lebih berhak mendapat bakti daripada anaknya melebihi daripada insan bergelar bapa.



Rahsia Mahir Berbahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم  
   Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab sama ada secara rasmi ataupun tidak. Bagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.
Ada juga yang bertanya, apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tip mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?
 
    Sehubungan itu, penulis ingin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.
 
    Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksimum.
 
    Dengan kata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat al-Quran dan hadis.