Friday, June 25, 2010

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati...

Bismillahirrahmanirrahim...  ^_^
Belakangan ini, ana terbaca banyak perkara berkaitan kes Wanita Muslim yang Bertudung, di mana gambar mereka telah di-"superimposed" atau di-edit dan dipadankan pada gambar bogel. Ana pun tak tahu pun sebenarnya mengenai hal ini,tetapi melalui pembacaan di facebook yang dipostkan oleh sahabat ana dan penelitian post di blog-blog yang berkaitan, ana mendapati suatu yang "kurang bagus" dan "berbahaya" sedang berlaku di sekeliling kita.

Mulanya ana hairan mengapa ramai senior ana iaitu kaum hawa, ramai yang membuang gambar mereka dari laman sosial yang mereka sertai, seperti Facebook. Rupa-rupanya, mereka telah mendapat amaran mengenai hal tersebut dan melakukan perkara yang sewajarnya.

Tahukah anda bahawa pangkalan data laman sesawang Facebook terletak di Israel??
Berkaitan dengan hal diatas, banyak foto-foto kaum Hawa yang beragama Islam dan Bertudung di-copy dan di-scan dan kemudian di-edit menjadi gambar "Wanita Islam yang Lucah" atau dengan nama lain ialah gambar bogel yang gambarnya diambil dari Facebook.. Kebanyakan mangsa adalah dari Indonesia & Malaysia. Jadi tolong berhati-hati dengan tidak meletakkan gambar anda yang rasanya tidak perlu sangat untuk ditayangkan untuk tontonan umum kerana dengan gambar-gambar sebegitu, anda mungkin mangsa yang seterusnya. Berita mengenai hal ini tersebar dalam seminggu dua ini.

Kebanyakan maklumat ini ana dapati dari blog Ibnu Ir Fadzil

Selain itu ana juga memetik sedikit artikel dari blog serikandiumar93.blogspot.com. tentang gambar perempuan bertudung, dieksploitasi sehingga seolah-olah mendedahkan susuk tubuh badan.




ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH-MUSUH  ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI ...

Akhir kata, ana berharap agar sahabat-sahabat ana dan juga kaum Hawa khasnya, agar mengambil peduli mengenai hal ini. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah...  Renung-renungkan dan semoga bahagia dalam rahmat Illahi.. Wassalaam... ^_^

Thursday, June 24, 2010

Gaji Presiden Afghanistan Hanya RM 1,696 Sebulan

Berita yang disiarkan di dalam Eramuslim bertarikh 23 Jun, memberitakan bahawa Jawatankuasa Anti Korupsi di Afghanistan mengumumkan kepada media pada 21 Jun lalu, bahawa “gaji Presiden Afghanistan sebanyak 525 USD sahaja”, atau RM 1,696 sebulan.


Bahkan, Hamid Karzai, Presiden Afghanistan sendiri merupakan salah seorang penentang korupsi. Diberitakan juga bahawa beliau tidak memiliki sebarang tanah dan harta yang tidak melebihi 20 ribu USD di dalam bank sebagai simpanan.

Isterinya pula adalah seorang doktor yang tidak bekerja, dan anaknya mempunyai satu kedai emas yang tidak melebihi 11 ribu USD. Hakikatnya, harta yang dimiliki beliau adalah hasil pencarian yang halal.

Manakala gaji Presiden Amerika, Barrack Obama bernilai 400 000 USD sebulan, dan Perdana Menteri Inggeris, David Cameron sebanyak 142 000 USD sebulan. Menteri-menteri kita di Malaysia bagaimana ya?

sumber

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

~ My Mom ~


 ~ My Mom ~
Assalamualaikum and a very good evening to my respected lecturer, Madam Shima and my fellow friends. Today, I am going to talk about my special one, my mother. My mother is the most important person in my life. I have been mentioning her in almost all of the essays I write. The problem is, I cannot really express how I feel about her in just words. It just something that only me can understand. My mother is not my whole life, but she is a really big part of it. My whole world does not only revolve around her, but she is the most influential person who inspires me. My mother is not just another woman. She is extraordinary.

         I have known her for a very long time. I know her very well, and I had learned to love her since the day we first met. Relatives always tell me stories about my birth. They tell me how important I was to my mom. I was the foundation of her joy, strength, peace and love. Of course, since I am the only child of the family.
         My mom is Madam Rozilawati binti Ambak. She was born in Kuala Terengganu, Terengganu. Again, I would say that my mom is my special one since she has taught me lot of skills and how to be a real man. Alhamdulillah, now I am able to wash my own clothing and cook rice and dishes. In short, I am able to do all the house chore that women should do too. So, my five months holiday before I register in UiTM, I am a fulltime “worker” at home. Anyway, I enjoy it.
         My mom is a teacher. She teaches mathematics for Primary 5 and Primary 6 at SK Encik Buyong. Also, she is the secretary of examination of that school. So, she is a very busy woman. Some of her students told me that my mom is as fierce as a lion. Haha. I am just laughing at them. Because I know that in every step that my mom do, there are reasons for her to do that. My mom used to teach me before when I was in primary school. So I know how fierce my mom is. Fortunately, I got an A for my mathematics subject.
         Also, my mom is a caring person and a loving wife. I could not even think how if my mother were not with me. Maybe I still can survive but I am sure that it is still not the same as she was with me. And, I love my mom’s cooks. One of my favourite dishes is Chicken Rice and Sarawak’s Laksa. I am so sure once you try it you will asked for it again.
I am so lucky to have her as my mom. Without her, I am not able to live in this world. Thank you mom. I know you well as you know me well..  :)
By  MUHAMMAD ASYRAF BIN RUSLAN   ~ The Son..
 

Sunday, June 20, 2010

Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Kuantan 2010

Salam dan sejahtera ana ucapkan kepada pembaca blog ana yang disayangi sekalian...
Sudah sekian lama ana tidak sempat meng-update blog ana kerana kekangan masa di kampus dan juga kekurangan idea untuk ditulis.. hehe..

Di kesempatan ini, di tengah malam buta ini, atau pagi yang hening ini, ana ingin berkongsi mengenai aktiviti yang bakal berlangsung di Kampus Kota UitM, iaitu Kampus Kuantan 1 di Bukit Sekilau dan Kampus Kuantan 2 @ Kampus Remaja di Padang Lalang iaitu pada 22 Jun ini bersamaan pada hari Selasa. Pada hari tersebut bakal berlangsungnya pilihan raya bagi melantik Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dari kalangan junior pada semester ini. Ana tidak terkecuali untuk bertanding didalam Pilihanraya ini..




Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama ana  dalam berpilihanraya ini..  Namun ianya tidak memutuskan semangat ana untuk berbakti dan berjasa kepada seluruh warga UiTM di Kuantan ini kerana selagi Gunung Kinabalu berada dipasaknya, tidak akan ku punahkan harapan untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan..


Pilihanraya kini berjalan dengan hangatnya dengan perang poster yang ana tidak tahu la berapa banyak dah yang sudah bertampal didinding bangunan asrama tidak kira dari golongan calon adam mahupun hawa. Ana dapat  lihat pelbagai kreativiti dalam setiap poster yang ditampal. Ada yang simple sangat-sangat, ada yang penuh dengan pelbagai janji manis dan macam-macam lagi. Ana???  Ana sekadar menghasilkan 2 buah poster yang langsung tidak menarik perhatian dan tidak cantik sangat pun. Namun begitu, terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat ana yang sudi membantu ana & mencurahkan idea dalam menyiapkan kerja-kerja mengedit gambar. Jasamu dikenang...


Ana tidak kisah sangat pun mengenai pilihanraya ini. Bagi ana , andaikata Allah telah menetapkan ana sebagai pemimpin disini, maka ia akan terlaksana dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, usaha tetap ana lakukan kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dalam konteks ayat di atas, ana menyamakan diri ana sebagai kaum tersebut. Jika ana tidak berusaha untuk berkempen, maka peratus untuk ana menang itu tipis.

" Man jadda wajada, wa man zaraa' hasoda"
       "Siapa yang menanam dia akan mendapat hasilnya, siapa yang berusaha dia akan mendapat balasannnya"

Insyaallah andaikata ditakdirkan ana menang dalam pilihanraya ini, ana akan berusaha menjadi wakil yang baik dalam kesemua hal yang ana mampu laksanakan. Sesungguhnya ana hanyalah insan kerdil yang lemah disisi Allah yang tanpa kekuatan yang diberikan Allah, maka ana adalah "bukan sesiapa".  Alhamdulillah wa syukurulillah ya Allah!!

Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan ana dalam pilihanraya ini. Ingatlah bahawa anda adalah penentu masa depan kolej, jadi lakukan yang terbaik dalam segala yang anda lakukan. Ketahuilah anda bahawa kaki seorang pemimpin itu sudah memasuki neraka andaikata tidak melaksanakan tugas dengan penuh amanah. Jangan jadi seperti orang munafik, apabila diberi amanah dia mengabaikannya..  Walau apapun, Innama a'mal bin niat, pastikan apa yang kita lakukan dengan nawaitu yang betul. INsyaallah..  ^_^

Jadi, kepada semua rakyat republik UiTM Kuantan Kampus Kota, lakukan kewajipan anda pada malam, 22/6/2010 dengan penuh prihatin..  Pilihlah pemimpin yang anda rasakan dapat memimpin kalian semua pada masa hadapan. Gunakan kuasa Veto yang diberi dengan secermat yang mungkin.  Akhir kata, undilah ana andaikata anda semua merasakan ana layak untuk jawatan JPK ini...   ^_^

Sunday, June 13, 2010

Facebook Smiley dan Emoticon

Salam bahagia dan sejahtera...

Alhamdulillah kali ini ana masih lagi sempat untuk post sebuah lagi post. Kali ini post ana berkaitan dengan Smiley & Emoticon dalam laman sosial yang kini menjadi sebutan di bibir dunia. Pernahkah anda "chatting" dengan rakan anda di dalam Facebook dan rakan anda menghantar bermacam-macam smiley dan emoticon kepada anda?? Baiklah, disini ana akan mengajar serba sedikit bagaimana anda juga boleh berbuat seperti rakan anda itu. caranya mudah dan ringkas..  Tiada yang mustahil...  ^_^









Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat membantu anda serba sedikit dalam berfacebok... hehe..  Selamat mencuba..  ^_^