Sunday, April 24, 2011

Alkisah Evakuasi.. Dari Qaherah Ke Malaysia V^__^Y

Alhamdulillah, entry kali ini merupakan sambungan kepada entry  Ardul Kinanah Bangkit Semula...


2 Februari 2011
    Setelah beberapa hari berlakunya pergolakan di Bumi Mesir, akhirnya Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di sana. Alhamdulillah, giliran kami (Rumah Amanah Malaysia - Amanah Raya Berhad)  akhirnya tiba. Alkisahnya, kami sudah mendapat memo untuk bersedia pada bila-bila masa untuk berangkat pulang. Pada subuh itu, kami semua bersiap sedia dengan beg dan pakaian masing-masing seterusnya membersihkan  serta memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas. Kira-kira jam 9 pagi, ana bersama beberapa sahabat sempat pergi ke pasaraya terdekat untuk membeli buah tangan serta sedikit bekalan untuk dibawa balik ke Malaysia. Seronok sungguh rasanya perasaan pagi itu. Semua orang bersemangat dengan hati yang berbunga-bunga. Namun dalam kegembiraan, tetap ada kesedihan. Kesedihan meninggalkan ilmu, kesedihan meninggalkan masyaikh-masyaikh, berat hati untuk meninggalkan tanah Qiblat Ilmu Pengetahuan ini.

   Hari itu adalah hari Jumaat. Khutbah Jumaat lebih berminat untuk menceritakan mengenai tanggungjawab dan Mesir. Mungkin itu kali terakhir kami bersolat Jumaat bersama muslimin Mesir. Mungkin kami tidak akan kembali ke sana lagi. Tapi, tetap ada harapan di hati kami untuk pulang kesana. menceduk segala ilmu sebanyak mungkin disana. Mencari guru-guru, mendalami ilmu, berkat sucimu.

Tapi pepatah arab ada mengatakan,

"  Barangsiapa yang pernah meneguk air Sungai Nil, maka dia akan kembali semula ke sini"
Van pelancong yang membawa ana dan beberapa rakan ke lapangan terbang


Tuesday, April 19, 2011

Warkah Buat Lalat..

.: Bismillahirrahmanirrahim:.

Alkisah di Ardul Kinanah, Mesir..
Bulan 12, dikatakan sebagai bulan tersejuk dek kerana tibanya musim sejuk..
Namun begitu, ura-ura mengatakan bahawa tahun ini, iaitu tahun 2010 antara tahun tersejuk yang mungkin pernah dihadapi oleh pelajar Malaysia disini..
Hakikat musim sejuk ialah, hari terasa sejuk bagaikan berada di dalam peti sejuk tidak kira didalam bilik, ruang tamu, apatah lagi jika berada di luar rumah.. Suhu yang paling rendah pernah diketahui disini ialah antara 7-8 darjah celcius..  
Ada pepatah arab mengatakan, "Musim Sejuk, maka Lalat pun Banyak.."
Kisah Lalat..  Jarang didengar..  
Pada mulanya, lalat hanya banyak di pagi hari..  tapi kemudiannya, lalat ada dimana-mana.. Bila-bila masa.. Mengganggu sesiapa sahaja.. Sehinggakan ada yang mengambil keputusan untuk membeli pemukul lalat..  Maka banyak lalat yang syahid pada belakangan ini..