Monday, February 21, 2011

Ardul Kinanah Bangkit Semula..


27 Januari 2011 - Khamis
Desas desus mengatakan rusuhan berlaku di sekitar Mesir. Namun begitu berita ini tidak dapat disahkan atau dipastikan kerana kebanyakan daripada kami tidak keluar rumah dek kerana cuti musim sejuk. Kami lebih memilih untuk berdiam diri didalam rumah daripada berjalan tidak tentu hala. Rusuhan berlaku kerana penduduk Mesir mahukan presiden mereka, Presiden Husni Mubarak, 86 untuk turun dari takhta selepas  30 tahun pemerintahan kuku besi.

28 Januari 2011 - Jumaat
Pagi yang redup. Ada tanda hujan akan turun setelah sekian lama bumi Kinanah ini tidak disentuh air hujan. Penduduk Mesir berkumpul untuk memulakan rusuhan selepas usai solat Jumaat. Uniknya, penduduk Mesir beragama Kristian Koptik bersama-sama menunggu di luar masjid dan berkumpul  sebelum memulakan rusuhan. Dari sini jelas kelihatan bahawa mereka semua bersatu hati dalam usaha untuk menggulingkan pemimpin kerajaan masa itu. Kini rusuhan berlaku dimana-mana. Tempat yang paling terjejas ialah  3 bandar utama mesir ; Qaherah, Suez dan Iskandariyah. Semua rakyat keluar menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan. Darurat diisytiharkan bermula 6 petang - 6 pagi. Pihak polis mengawal keadaan - tetapi gagal. Akses internet diputuskan bermula jam 0000 manakala talian telefon pada jam 1000.kes kecurian berlaku di banyak tempat. Kedai emas,komputer,pasaraya, semuanya lesap diambil orang. Rusuhan merebak dimana-mana. Muzium dibakar dihadapan dan sebahagian artifak dicuri dan dipecahkan . Menjelang lewat malam,kumpulan polis diganti dengan beberapa gerombolan  tentera. Pihak polis berundur, banyak balai polis dibakar. Penjara bawah tanah juga dibakar. Banyak banduan terlepas – atau dilepaskan.

29 Januari 2011 - Sabtu
Semangat penduduk tetap semarak membara. Sentiasa mengharapkan presiden untuk turun takhta. Semua ahli kabinet dirombak, dengan presiden menjanjikan kerajaan baru. Jadi diwujudkan kembali jawatan naib presiden yang belyum pernah wujud selama pemerintahan beliau sebelum ini dan pelantikan  Perdana Menteri yang  baru. Namun begitu, bukan itu yang rakyat mahukan. Mereka mahu presiden berundur. Presiden berundur, maka semuanya tamat dan kembali seperti sediakala. Tiada lagi peningkatan angka kematian, tiada lagi keganasan polis terhadap rakyat. Kini, banduan terlepas lagi,seribu orang jumlahnya, polis dibunuh. Penduduk mulai resah, pintu dikunci, tertutup rapat. Perintah berkurung bermula dari, 4 ptg-8 pagi. Penduduk mulai berkawal malam dek keadaan yang merbahaya.

 Bersambung..  :)