Sunday, July 3, 2011

Apa Jadi pada Akaun Facebook Kita Selepas Kita Mati?

Mari kita renung-renungkan bersama..

Fikir-fikirkan bersama..

Jika satu hari nanti kita mati,
 
Akaun facebook ini hanya kita yang tahu password nya,
 
Hanya kita yang boleh access..
 
 
dan
 
 
Selepas kita mati..
 
Apa yang jadi pada akaun fb kita?
 
Mungkin ada yang akan ucapkan takziah
 
Mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
 
tetapi..
 
Sedarkah kita?
 
Gambar-gambar kita..
 
Akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
 
Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
 
Macam mana nanti?
 
Lelaki ajnabi terus-terusan tengok,
 
Dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
 
Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu masih ada..
 
Saham dosa terus meningkat..
 
 
Macam mana?
 
Pernah terfikir tak?
 
Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
 
Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
 
Baju ketat yang membalut aurat itu, bagaimana?
 
 
Ataupun
Berseluar pendek lutut tersembul, bersukankah kita?
Lelaki berpakaian seperti wanita, lelakikah anda?

Mungkin kini
 
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
 
Tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
 
 
Tapi di akhirnya nanti..
 
Semua itu tidak akan membawa erti,
 
Semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup,
 
Di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
 
 
Mari kita renungkan bersama,
 
Saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
 
 
Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
 
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
 
 
Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mahupun muslimin,
 
Mati itu pasti

Persiapkan diri untuk mati itu perlu
 
 
Moga Allah redha dengan perkongsian ini
 
amin~

No comments:

Post a Comment