Friday, December 31, 2010

Doa Rabithah


Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
bertemu untuk memenuhi perintahMu
bersatu memikul beban dakwahMu

hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini

tunjukkan kepada hati-hati ini jalanMu yang benar
penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap

lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu
hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik penolong



Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, December 18, 2010

Kenapa Anak Menderhaka?

.: Bismillahirrahmanirrahim:.

"Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
            Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

" Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah."
 Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
"  Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya."
 Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
"  Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".

"  Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.. "

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
" Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa"
 Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.  
" Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. "

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.
"Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa."
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." 

HUBUNGAN DENGAN BAPA 

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
  Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua." 


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
" Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. "

Isteri haruslah faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

" Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. "
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

"  Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu"
   Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. 



Wednesday, December 15, 2010

Mari "Mengecilkan" Badan !!


 Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?
 1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.
 2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
 3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan. 
 4. Jadikan waktu makan 1 tujuan untuk menyihatkan badan.
 5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
 6. Pastikan pinggan anda diisi dengan separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Saturday, December 4, 2010

Sesiapa yang Sanggup MATI kerana ALLAH Sila Berdiri di Tempat Kamu !!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan perkara ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..
Hanya dua bij mata dan mesin-gan sahaja yang kelihatan
Lalu seorang daripada lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri masing-masing....
Dan daripada jumlah 1,000 orang itu tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Jadi apa yang anda rasakan?

Apa maksudnya jika dari 1,000 orang yang mengaku Islam namun  hanya 40 orang sahaja  yang betul-betul BERIMAN... "
 Apa maksudnya jika ramai mana manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
Kedua-dua  lelaki hanya membawa mesin-gan..
Tiada langsung ucapan untuk membunuh..
Sekadar bertanya..  
Tetapi generasi sekarang..
Amat lemah..
Baru sedikit  diugut terus lari lintang pukang..
Sedangkan lupa bahawa Solat Jumaat belum ditunaikan lagi..."

Apa maksudnya, jika ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
Bila tibanya waktu solat jumaat..
Sekadar menunjukkan muka pada orang kampung.. Lebih dashyat lagi andainya  setahun 2 kali sahaja..
Bila tibanya sembahyang raya...

"Apa maksudnya, apabila ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran"

"Apa maksudnya, apabila ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

Jadi apa maksudnya semua yang berlaku ini?
Wahai sahabat sekalian, marilah tajdidkan Iman dan amal kita selagi Roh masih di kandung badan..
Wallahualam…

Wednesday, December 1, 2010

Al-Kisah Facebook : Status Perhubungan " Open Relationship"

Al-Kisah yang kini berlaku di dalam Laman Sosial yang popular di masa kini ; Facebook.

Ana rasa mungkin daripada 10 orang, hanya seorang sahaja yang tidak mendaftar dengan Facebook. Sudah seakan kemestian bagi semua orang untuk mendaftar dengan Facebook. Kebaikan dan keburukan Facebook? Wallahua'lam..  Namun, bagi ana  Facebook memang ada  keburukannya yang tersendiri, tapi itu semua bergantung kepada Iman pengguna samada kuat atau tidak untuk menangkis serangan yang diberikan. Jadi, tukarkan keburukan itu kepada sesuatu yang bermanfaat. Oleh kerana facebook agak "canggih", maka gunakan kecanggihan itu sebaik mungkin.

Berbalik kepada tajuk utama, berkaitan Status Perhubungan di Facebook iaitu "Open Relationship" ataupun 'Perhubungan Terbuka'. Memang banyak pilihan yang diberikan oleh Facebook seperti 'Single', 'Married' , 'Widow' dan sebagainya. Namun begitu, mengapa ana hanya tekankan mengenai 'Open Relationship' ? Baiklah, pada awalnya ana menyangkakan Open Relationship sebagai perhubungan terbuka dimana kita mengharapkan untuk berkawan dengan semua orang dengan sikap keterbukaan seperti yang sesetengah daripada  sahabat semua  sangkakan. Namun begitu, jangkaan ana agak meleset sedikit. Mengapa??

Ini adalah kerana maksud Open Relationship tersebut mempunyai maksud yang agak tersendiri.

Dipetik dari Laman Sesawang Wikipedia ;
"An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be  together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated"

dan juga dari Laman Sesawang Urban Dictionary ;
" A relationship in which two people agree that they want to be together, but can't exactly promise that they won't see other people too. Basically, to have it all: a significant other and the freedom to hook up with other people"

Dalam erti kata lain, ianya merupakan suatu hubungan yang tidak tetap dimana seseorang itu setuju untuk  bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain juga diterima, dibenarkan dan ditoleransi. Jadi, boleh juga dikaitkan dengan perhubungan bebas seperti bertukar-tukar pasangan  dan sebagainya yang kurang elok sifatnya.

Kembali semula kepada Status Perhubungan 'Open Relationship', ana melihat ramai yang menggunakan Status ini untuk dipamerkan di akaun Facebook masing-masing. Sungguh, amat tidak elok tafsiran jika kita terbaca status ini di akaun sahabat-sahabat lain yang berkongsi iman & taqwa kepada Allah Yang Maha Esa. Namun begitu, Husnu Zonn (حسنو ظنّ) ataupun bersangka baik harus sentiasa disemat dihati. Mungkin sahabat kita belum lagi mengerti akan maksud sebenar istilah tersebut. Oleh itu, marilah kita bersama menyedarkan akan sahabat-sahabat dan ummat akan permasalahan ini agar tidak timbul isu merendahkan atau mempermainkan agama Islam yang suci sekaligus menangkis tafsiran negatif masyarakat dunia akan orang Islam masa kini, Ummat Muhammad...

Perbualan Nabi Muhammad s.a.w Dengan Iblis La'natullah

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."


Soalan Nabi s.a.w :
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis:
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w: :
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis:
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w :
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w :
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w :
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w:
"Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis:
"Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, mak abetapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap LaIllahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis :
"Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya kehadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)!Demi kebesaran Ku dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sediaMengampuni dosa umat Muhammadselagi mereka itu meminta ampunkepada Ku".

Maka kata Iblis :
"Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu . Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah :
"Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) . Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duka cita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPU DAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA.....

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"