Friday, October 29, 2010

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Azhar..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian..

Sudah lama rasanya tidak ana isikan blog ini dengan informasi-informasi yang sepatutnya..
Mohon dipinta kerana ana asejak belakangan ini agak sibuk dengan urusan universiti dan tempat baru.
Alhamdulillah, kini semuanya hampir dalam kawalan.

Dalam minggu ini (27, 28, 30 & 31 OKTOBER 2010M bersamaan 19, 20, 22 & 23 ZULKAEDAH 1431H),  diadakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama Masyaikh Azhar yang bertempat di Nadi Madinah Nasr Ar-Riadhi, Madinah Nasr ..

Ana merupakan antara peserta di dalam program tersebut. Walaubagaimanapun, hati ini terasa sedikit terkhilaf kerana harus menghadiri kelas dahulu pada paginya dan baru dapat mengikuti majlis ini pada sebelah petangnya. Tetapi alhamdulillah, Allah masih memberi diri ini masa dan kelapangan untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini..

Majlis yang mengumpulkan ribuan Ikhwah dan Akhowat dari seluruh Mesir yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia mahupun negara jiran iaitu Singapura & Brunei juga bersama Masyaikh Azhar yang membacakan Kitab Sahih Bukhari ini memang luarbiasa sambutannya..

Untuk maklumat lanjut, sila layari blogspot rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah 2 bersama Masyaikh Azhar..

Sekian, wassalam..  :)