Tuesday, August 24, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui

Wednesday, August 11, 2010

Sehari di Wisma Amanah Raya

Tepat Jam 2000 - 9 Ogos 2010
Bas Durian Burung, 2 tingkat itu meluncur laju menyelususri jalan-jalan ke Kuala Lumpur..
Didalamnya ada seorang pemuda yang mempunyai impian besar didalam dirinya..

Pagi, 6 Ogos 2010
Pemuda tersebut telah mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Sarawak, dimaklumi bahawa

Sunday, August 8, 2010

Air mata ini kembali menitis..

Bismillahhirahmanirrahim..
Apa khabar para pembaca yang budiman...

Pada hari yang indah ini, air mata ini kembali menitis..
Menitis kerana rindukan seseorang..
Sesungguhnya tidak tertanggung lagi rindu ini pada mu seorang..
Seorang yang bukan calang-calang manusia dilahirkan dibumi bertuah..
Seorang yang kerananya diciptakan segala perkara dilangit dan dibumi..
Seorang yang tanpanya tidak wujudlah kita umat manusia di bumi ini..
Seorang yang kerananya  tanah boleh menjadi manusia..
Seorang yang kerana nur cahayanya diciptakan manusia bernama Nabi Adam..
Sesungguhnya  Nur Muhammad itu teramat agung, jika diletakkan semuanya pada Nabi Adam, maka hancurlah nabi Adam..
Seorang yang kerana Nur Cahayanya  diciptakan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam..
Dialah yang bergelar Rasulullah...
Dialah yang bergelar Al-amin..
Dialah yang bergelar Yassin..
Dialah yang bergelar Thoha..
Dialah Muhammad Kekasih Allah..
Rasul Junjungan sepanjang zaman..



Bukan selalu diri ini menangis..
Namun sebak didada tiada dapat ditahan..
Rasulullah..  Aku sentiasa rindu padamu...
INsyaallah andai ada jodoh kita kan bertemu di sana nanti.. Amin Ya Rabb..


Qasidah Tholama Asyku Gharami
 طا لما اْشكو غرامى >> LAMA SUDAH AKU MENANGGUNG RINDU 


LAMA SUDAH AKU MENANGGUNG RINDU;
WAHAI CAHAYA ALAM YANG INDAH!
SERTA AKU MENYERU, WAHAI NABI!
WAHAI PUNCA ILMU YANG PEMURAH!


Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!

Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!

Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!

Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.

Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.


YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM DAN KELUARGANYA.*




* Terjemahan Qosidah disalin daripada Mukhtasar fi Sirah Al Nabawiyyah (Mukhtasar Sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam) oleh Al Imam Al Hafiz Abdur rahman ibn Al Daiba' Al Syaibani radiyallahu 'anhu (lebih dikenali sebagai Mawlid ad Daiba'ie), diterjemahkan oleh al Musnid al Faqih al Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.
 

Saturday, August 7, 2010

Adik Cuma Tanye Je Bu..

Adik Cuma Tanye Je Bu..

Bu, adik cuma ingin bertanya..

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya..

Hayatilah kisah ini....




Apakah Hari Kekasih atau Valentine's Day ???
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.


Apakah Hukum menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day??


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Kini, sudah terang lagi bersuluh..  Kesan dan akibat masing-masing sudah kenali..  Kesimpulannya, anda rasa bagaimana??? Tepuk dada tanya iman..  Bersama kita memnghindar gejala ini dari terus berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita masa kini khususnya umat Islam..  Insyaallah.. Amin Ya Rabb..  

Friday, August 6, 2010

Mari Berda'wah : 10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


^_^

Class Day Out (CDO II) di Megamall Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman..
Pada hari Ahad yang lalu, ana bersama sahabat-sahabat ana telah pun mengikuti program Campus Day Out yang dianjurkan oleh UiTM kuantan..
Jadi untuk program susulan, Kelas ana, Group G Asasi Undang-undang telah merangka sebuah program yang dinamakan Class Day Out..

Class Day Out ini berlangung semalam, iaitu pada 5 Ogos 2010 bertempat di Megamall Kuantan..
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perlawanan Persahabatan Boling Group G Asasi Undang-undang..
Ramai ahli kelas ana yang turut serta dalam perlawanan ini.. Namun begitu, ana lesap sekejap sebab menemankan sahabat ana, iaitu Saudara Huseinie yang berasa amat lapar dan kami terus mencari kedai-kedai makan disekitar tempat itu..  Jalan punya jalan.. Mc Donald la jawapannya..

Selepas menjamu selera, ana pun begegas ke tempat perlawanan boling tadi..  Sungguh.. Pucuk dicita ulam mendatang.. haha..  setibanya ana disitu, perlawanan pun tamat.. memang bagus perlawanan itu ..

Hmm.. Pengalaman sukar untuk diceritakan..  Jadi ana kepilkan sekali gambar-gambar yang berjaya ditangkap sepanjang program tersebut berlangsung..  ^_^

Campus Day Out UiTM Kuantan I

Pada hari Ahad yang lalu, bersamaan dengan 1 Ogos 2010, UiTM Kuantan telah mengadakan Campus Day Out (CDO) untuk semester ini.  Ana sebagai perwakilan kelas, mestilah pergi kan.. Jadi tentatifnya lebih kurang ialah seperti berikut :

1) Naik bas beramai-ramai menuju ke Pantai Sepat
2) Berkumpul di Pantai Sepat mengikut kumpulan
3) Taklimat ringkas

Wednesday, August 4, 2010

Malam Palestin I I di Pustaka Negeri Sarawak

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas rahmat dan kurniaan-Nya kepada seluruh umat manusia dan umat Islam khususnya. Sudah lama ana tidak menulis didalam blog ini. Hal ini kerana kekangan masa antara kuliah, kerja kursus dan program-program di kampus yang tidak dapat ana elakkan. Namun begitu, ana berupaya mencelah diantara kesibukan diri untuk menulis sekerat dua ayat didalam blog ini.

Kira-kira 2 minggu yang lalu, ana berkesempatan untuk pulang ke rumah tercinta di Kuching. Walaupun hanya seminggu cuma, namun ianya suatu yang ana hargai. Biarpun kerja kursus bersusun didalam benak fikiran, ana masih sempat untuk mengikuti program yang berlangsung disekitar kuching.

Hari Jumaat : 23 Julai 2010
Walaupun agak sibuk, ana sempat untuk mengikuti mawlid bersempena  Malam Palestin I I bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Alhamdulillah, ana dijemput oleh Saudara Khairul Anwar Shazali ; YDP Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PEKEPIS) sendiri untuk mengikuti persembahan Mawlid yang dipersembahkan oleh PERKEPIS Mawlid Ensemble..  Walaupun hanya 2 qasidah sahaja yang berkumandang, iaitu Qasidah Iftitah dan juga Qasidah Allah Allah Aghisna Ya Rasulullah..












Qasidah Iftitah (Pembukaan)







Qasidah Allah Allah Aghisna Ya Rasulullah



Tutup Aurat Boleh Mengelakkan Kanser Kulit

Memakai pakaian yang menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’squamous cell carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya


Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan


1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

(diambil daripada:http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/20/tutup-aurat-boleh-mengelak-kanser-kulit/)