Sunday, July 18, 2010

Bersangka Baik ^_^


Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Pada saat ini terdetik di hati ana untuk menulis lagi..
Kali ini ia berkaitan dengan sesuatu perkara atau boleh dikatakan sebagai krisis kehidupan sehari-harian..

Pada saat ini ana cuba untuk berkongsi apa yang ana tahu mengenai bersangka baik.
Bersangka baik ataupun dalam bahasa arabnya, "Khusnuszon", merupakan suatu di dalam diri manusia dimana kita cuba untuk bersangka baik ataupun berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Dalam diri manusia ada pelbagai perasaan, ataupun lebih senang disebut sebagai manipulasi hati. Manipulasi hati ialah sifat hati yang sentiasa berubah-ubah, kadangkala positif dan kadangkala negatif. Hampir setiap kali ana mengikuti usrah dan juga perkongsian ilmu, pasti akan  disentuh serba sedikit mengenai perihal bersangka baik.. Jadi boleh dikatakan bersangka baik ini merupakan sesuatu yang penting dalam diri manusia.

Sebagai contoh hari ini Encik A mungkin berkawan baik dengan Encik B. Kemudian esok hari mungkin juga Encik A kecil hati  atau marah dengan Encik B. Jadi tidak semestinya Encik A akan sentiasa baik dengan Encik B. Jadi disini ana cuba sampaikan mengenai bagaimana hati ini boleh bertukar dari hari ke hari. Berkaitan dengan Khusnuszon ataupun bersangka baik, ana ada kisah untuk disampaikan.

14 Julai 2010
Surau bersebelahan UiTM Kuantan Kampus Sekilau
Azan Zohor berkumandang, jadi ana dan sahabat berjemaah pergi ke surau untuk solat Zohor berjemaah. Usai berwudhu', ana segera ke saf hadapan sementara iqamat dilaungkan. Selepas Imam mengangkat takbir, ana pun bersedia untuk bersolat.Tiba-tiba, ana terdengar ada orang bising-bising seakan-akan menjerit. Katanya, sembahnyang!  sembahnyang! jgn main-main lagi..  tapi dengan nada yang garang semacam. tapi ana buat tak tahu saja. Kemudian ketika sembahyang, ana dengar seseorang membaca sesuatu dalam nada yang kuat. Sekejap ana dengar orang tersebut azan, sekejap doa, sekejap doa qunut. Boleh dikatakan bacaannya bercampur-campur. Namun begitu, ana cuba untuk tidak menghiraukan dan  khusyu’ semula.

Selesai berdoa, ana keluar dari surau tersebut.  Ana dengar sahabat-sahabat ana bercakap sesama sendiri tentang kejadian yang berlaku didalam surau tadi.  Ada juga mulut-mulut yang kata hamba Allah itu tadi orang gila, sewel dan yang sama waktu dengannya. Memanglah, andai dilihat dari luaran, memang kita boleh katakan hamba Allah itu tadi orang gila ; dari sikapnya, pakaiannya, kekemasan diri. Namun begitu, terdetik sesuatu didalam hati ana.



            “Macam mana kalau orang tu tadi Wali Allah, kekasih Allah yang dalam masa sehari dilihat berpuluh-puluh kali mahupun ratusan ribu kali oleh Allah. Subhanallah !!”

Itulah yang difikirkan ana pada saat itu.. Walauapapun, ana tetap Khusnuszon. Tiada ruginya kalau kita bersangka baik pada semua orang. Ana juga ada terfikir, mungkin juga Allah menghantar hambanya itu sebagai peringatan kepada ana dan juga kepada yang lain. Antara perkara yang ana dengar daripada mulut hamba Allah itu ialah azan Subuh ; Sesungguhnya  solat itu lebih baik daripada tidur dan juga selawat As-syifa’.

Jadi, bagi sesiapa yang terlepas sembahyang subuh pasti terasa hati. Alhamdulillah, itu maksudnya Allah masih sayangkan kita. Selain itu juga, bagi sesiapa yang perasan, ada hikmah juga disebalik kejadian ini. Sedarkah kita yang Allah telah menunjukkan sesuatu kepada kita??  Jika seorang yang bagi kita gila dan tidak betul pemikirannya boleh pergi bersolat dimasjid walaupun tidak sempurna solatnya, mengapa pula tidak kita yang masih normal dan sihat wal’afiat ini? Tepuk dada tanya iman..



Persoalannya,adakah kita sentiasa bersangka baik terhadap orang lain?? Entahlah, masing-masing empunya diri yang tahu.. Jadi,  fikir-fikirkanlah..  Sesungguhnya sekecil-kecil perkara yang kita lakukan pasti memberi manfaat kepada orang lain..  ^_^

Thursday, July 1, 2010

Peribahasa Melayu :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, dengan nikmat kurniaan dari Illahi, ana masih lagi berkesempatan untuk menulis sebuah lagi post pada ketika ini..

Anda seringkali tertekan??  Mungkin oleh kerana beban kerjaya atau memang sudah sifat manusia untuk kadangkala berasa begitu..  :)

Beberapa ketika dulu, ana ada terbaca mengenai Peribahasa Melayu.. tetapi peribahasa  yang ana baca itu agak berbeza dari yang biasa diajarkan disekolah. Senang cerita luarbiasa lah.. hehe..  Insyaallah, tekanan perasaan pun boleh hilang kot dengan membaca peribahasa tersebut..


Peribahasa Melayu Moden  :)

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan  {rambutan yang lekang sedap dimakan}.
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4. Biar lambat asalkan tak cepat.
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9. Secupak takkan jadi 18 cupak.
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan     kulit, manusia mati  meninggal dunia.
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
13. Alang-alang mandi biar guna sabun. {lagi bagus kalau gosok gigi}.
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
17. Hidup segan, mati di tanam.
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis.
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. {beli la pukat tunda lagi baik}.
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
23. Membujur lalu, melintang pukang.
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah..  hehe.. :)




Akhir kata..    Semoga hidup anda lebih ceria daripada biasa  ^_^