Wednesday, December 1, 2010

Al-Kisah Facebook : Status Perhubungan " Open Relationship"

Al-Kisah yang kini berlaku di dalam Laman Sosial yang popular di masa kini ; Facebook.

Ana rasa mungkin daripada 10 orang, hanya seorang sahaja yang tidak mendaftar dengan Facebook. Sudah seakan kemestian bagi semua orang untuk mendaftar dengan Facebook. Kebaikan dan keburukan Facebook? Wallahua'lam..  Namun, bagi ana  Facebook memang ada  keburukannya yang tersendiri, tapi itu semua bergantung kepada Iman pengguna samada kuat atau tidak untuk menangkis serangan yang diberikan. Jadi, tukarkan keburukan itu kepada sesuatu yang bermanfaat. Oleh kerana facebook agak "canggih", maka gunakan kecanggihan itu sebaik mungkin.

Berbalik kepada tajuk utama, berkaitan Status Perhubungan di Facebook iaitu "Open Relationship" ataupun 'Perhubungan Terbuka'. Memang banyak pilihan yang diberikan oleh Facebook seperti 'Single', 'Married' , 'Widow' dan sebagainya. Namun begitu, mengapa ana hanya tekankan mengenai 'Open Relationship' ? Baiklah, pada awalnya ana menyangkakan Open Relationship sebagai perhubungan terbuka dimana kita mengharapkan untuk berkawan dengan semua orang dengan sikap keterbukaan seperti yang sesetengah daripada  sahabat semua  sangkakan. Namun begitu, jangkaan ana agak meleset sedikit. Mengapa??

Ini adalah kerana maksud Open Relationship tersebut mempunyai maksud yang agak tersendiri.

Dipetik dari Laman Sesawang Wikipedia ;
"An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be  together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated"

dan juga dari Laman Sesawang Urban Dictionary ;
" A relationship in which two people agree that they want to be together, but can't exactly promise that they won't see other people too. Basically, to have it all: a significant other and the freedom to hook up with other people"

Dalam erti kata lain, ianya merupakan suatu hubungan yang tidak tetap dimana seseorang itu setuju untuk  bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain juga diterima, dibenarkan dan ditoleransi. Jadi, boleh juga dikaitkan dengan perhubungan bebas seperti bertukar-tukar pasangan  dan sebagainya yang kurang elok sifatnya.

Kembali semula kepada Status Perhubungan 'Open Relationship', ana melihat ramai yang menggunakan Status ini untuk dipamerkan di akaun Facebook masing-masing. Sungguh, amat tidak elok tafsiran jika kita terbaca status ini di akaun sahabat-sahabat lain yang berkongsi iman & taqwa kepada Allah Yang Maha Esa. Namun begitu, Husnu Zonn (حسنو ظنّ) ataupun bersangka baik harus sentiasa disemat dihati. Mungkin sahabat kita belum lagi mengerti akan maksud sebenar istilah tersebut. Oleh itu, marilah kita bersama menyedarkan akan sahabat-sahabat dan ummat akan permasalahan ini agar tidak timbul isu merendahkan atau mempermainkan agama Islam yang suci sekaligus menangkis tafsiran negatif masyarakat dunia akan orang Islam masa kini, Ummat Muhammad...

No comments:

Post a Comment