Friday, November 26, 2010

Aku Rindu Pada Qasidah & Mawlid !

Ditulis oleh Muhammad Asyraf Ruslan

Apakah Qasidah?
Qasidah boleh dikatakan sebagai puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Antara qasidah-qasidah yang terkenal ialah"Qasidah Burdah yang bertemakan Ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah S.A.W.", dan "Qasidah Ghausiah yang juga bertemakan Ketuhanan dan memuji Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani dan juga Qasidah Ad-Diba’ie"
Antara Qasidah yang Masyhur  adalah Qasidah Muhammadiyah dan Qasidah Tholama Asyku Gharami.


Qasidah Muhammadiyah

Qasidah Muhammadiyah adalah di antara Qasidah yang sering meniti di bibir pencinta Qasidah dan Madih (Pujian). Ianya qasidah yang ringkas dan mudah difahami tetapi sungguh menyayat hati apabila dihayati.


محمد أشرف الأعراب والعجم
محمد خيـــــــر من يمشي على قــــدم
Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini

محمــد باسط المعروف جامعه
محمـــــد صاحب الإحســان والكــــرم
Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan

محمــد تاج رسل الله قاطبــــة
محمـــــــد صــــــادق الأقوال والكلـــم
Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya

محمــــــد ثابت الميثاق حافظــه
محمـــــــد طيــب الأخــلاق والشيــــم
Nabi Muhammad adalah tetap pada janjinya
Nabi Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

محمـــد رُوِيَت بالنور طينتُــــهُ
محمــــد لم يــــزل نــــــوراً من القِدم
Nabi Muhammad, tanah semadinya disirami dengan Nur
Nabi Muhammad, dia masih bercahaya, semenjak azali

محمــــد حاكم بالعدل ذو شرفٍ
محمـــــد معــــدن الإنعام والحكــــــم
Nabi Muhammad seorang hakim yang adil, punya kemuliaan
Nabi Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

محمد خير خلق الله من مضـــــر
محمــــد خيـــر رســـــل الله كلهـــــم
Nabi Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah, dari kaum Mudhar
Nabi Muhammad itulah semulia-mulia Rasul Allah, seluruhnya

محمــــــد دينه حـــق نديـــن بـــه
محمــــــــد مجمــــلاً حقاً على علــــم
Nabi Muhammad, agamanya adalah kebenaran, yang kita anuti,
Nabi Muhammad, adalah kebenaran, sebenar-benarnya

محمـــد ذكـــره روح لأنفسنــــــــا
محمد شكره فــــرض على الأمــــم
Nabi Muhammad, mengingatinya adalah seperti ruh bagi kita,
Nabi Muhammad, wajib kita berterima kasih padanya

محمد زينة الدنيا وبهجتهـــــــــــا
محمــــــــد كاشــــــف الغمات والظلم
Nabi Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya,
Nabi Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan

محمــــد سيـــــــد طابت مناقبـــــهُ
محمــــد صاغه الرحمــــــن بالنعـــــم
Nabi Muhammad , penghulu, yang suci perbuatannya
Nabi Muhammad, diberikan sebaik-baik nikmat oleh Allah

محمــــد صفـــوة الباري وخيرتـــــه
محمــــد طاهـــــــر من سائر التهـــم
Nabi Muhammad , adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan

محمـــد ضاحــــك للضيف مكرمــــه
محمـــــــــد جـــــــاره والله لم يضـــم
Nabi Muhammad, tersenyum buat tetamunya, bahkan memuliakannya
Nabi Muhammad , jirannya – demi Allah – tidak dizalimi

محمــــد طابـــــت الدنيــــا ببعثتــــه
محمـــــد جـــاء بالآيـــات والحكـــــــم
Nabi Muhammad, alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Nabi Muhammad, telah datang dengan mukjizat (ayat) dan hikmah-hikmah

محمــــد يـــوم بعث النــــاس شافعنــــا
محمـــــــد نوره الهــــادي من الظلــــم
Nabi Muhammad, kelak di hari kebangkitan, dialah pemberi syafaat kita (umatnya)
Nabi Muhammad , nurnya ibarat penyuluh hidayah, dari kegelapan

محمــــــــد قائـــــــــــم لله ذو همـــــــــم
محمـــــــد خاتـــــــم للرســــــل كلهــــم
Nabi Muhammad , tidak putus-putus menghadap Allah, dengan penuh harapan,
Nabi Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya

مولاي صل و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
Wahai Tuhanku, selawat dan salam sentiasa,
Ke atas kekasihmu, sebaik-baik makhluk, seluruhnya



Qasidah Tholama Asyku Gharami
 
Qasidah  Tholama Asyku Gharami merupakan antara Qasidah yang masyhur yang membawa erti Kerinduan yang tidak tertanggung lagi terhadap Habibuna Rasulullah. S.A.W. 

Klik untuk muat turun audio.. :) 

طالما اشكو غرامى يا نور الوجود
وانادى يا تهامى يا معدن الجود
Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !

منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود
وارى باب السلام يا زاكى الجدود
Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!

يا طراز الكون انى عاشق مستهام
مغرم والمدح فنى يا بدر التمام
Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!

اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام
فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود
Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!

يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب
يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب
Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.

وعليك الله صلى ربى ذو الجلال
يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال

Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.




 Sesungguhnya banyak kemanisan & kelebihan kita berselawat dan memuji 
Habibuna Rasulullah S.A.W



Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."

Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam." Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."

Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."

Sollu ALa Nabi !!!



3 comments:

  1. SubhanaAllah. thx a lot for this info. My Allah reward u, inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    mohon ceritakan penulis lirik 'tholama asyku gharami'

    saya suka sgt....

    moga Allah balas jasa enta...

    ReplyDelete
  3. salam'alaik....
    subhanAllah....blog nta sarat dgn taman2 syurga...ditambah pula dgn qasidah2 yg indah...ana pencinta qasidah2...:)

    ReplyDelete